Leina Hangat digantung tak bertali


SABTU, 7 APRIL 2012




KUALA LUMPUR - Suami ‘hilang’ lebih empat tahun tanpa nafkah zahir dan batin, dipukul serta suami ada wanita lain antara dugaan dihadapi penyanyi dan pelakon, Leina Hangat, 39, ketika berkahwin dengan mualaf warga Perancis, Muhammad Jamal Delaloy Abdullah.

Leina atau nama sebenarnya, Norazlina Abdul Rahman ketika dihubungi berkata, dia dihalau bekas suaminya yang ketika itu bekerja sebagai chef di Singapura pada 2003 dari hotel yang menjadi kediaman mereka di negara berkenaan dan mendakwa lelaki itu menjalin hubungan sulit dengan wanita warga Vietnam.

“Saya tahu dia menjalin hubungan dengan wanita itu apabila dia memberitahu ketika saya menghubunginya selepas dihalau dari hotel itu. Saya juga dapat bercakap dengan wanita itu,” katanya ketika dihubungi di sini.

Leina yang pernah membintangi filem Awas dan Satay, melangsungkan perkahwinan dengan lelaki itu pada 21 Ogos 2002 dan bercerai pada Ogos 2008.

Leina turut mendakwa bekas suaminya suka keluar malam dan pemabuk. Dia juga kerap dimarahi dan dipukul jika tidak membenarkan bekas suaminya mengambil minuman keras.

Katanya, selepas lelaki itu menghilangkan diri, dia pernah cuba menghubunginya dan menunggu bekas suami mencarinya tetapi gagal.

Posting Komentar